BAHAN-BAHAN:
Bahan A (dalam kek):
- 5 biji kuning telur
- 3 biji putih telur
- 150 gram gula kastor
- 100 gram tepung hong kong
- 1 sudu makan ovelet
Bahan B (dalam kek):
- 200 gram mentega
- 3 sudu makan susu pekat
Bahan Untuk Bahagian Luar Kek:
- 300 gram putih telur (8 biji putih telur)
- 190 gram tepung hong kong
- 150 gram gula kastor
- 1 sudu makan ovelet
- 250 gram mentega (cairkan)
- 50 ml susu cair
CARA UNTUK MEMBUAT DALAM KEK:
- Pukul Bahan B hingga sebati.
- Pukul Bahan A hingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam Bahan B. Gaul sebati.
- Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Bahagian pertama masukkan pewarna hijau, bahagian ke-2 masukkan pewarna merah & bahagian ke-3 masukkan pewarna kuning.
- Bakar bahagian pertama dahulu, apabila hampir masak, lapiskan bahagian ke 2 dan seterusnya bahagian ke 3. Buat 3 lapisan.
- Apabila masak, sejukkan dahulu. Apabila sudah betul-betul sejuk potonglah kek tersebut berbentuk memanjang.
- Kemudian potong segitia kecil-kecil atau segiempat sama.
CARA UNTUK MEMBUAT LAPISAN LUAR KEK
- Pukul putih telur hingga kembang.
- Kemudian pukul semua bahan kecuali mentega cair.
- Akhir sekali barulah masukkan mentega cair.
- Gaul rata dan sebati.
- Bakar lapisan pertama.
- Apabila hampir masak susunkan kek yang telah dipotong tadi di atasnya.
- Masukkan adunan di atasnya sehingga menutupi semua kek yang telah dipotong.
- Bakar lagi.
- Bila hampir masak susun lagi kek yang telah dipotong tadi. Buatlah begitu sehingga semua adunan habis.
No comments:
Post a Comment