Monday, 1 August 2011

AISKRIM GORENG




                         SUMBER : http://lynnhamzah.blogspot.com/2011/05/aiskrim-goreng-pulak.html

      
       BAHAN-BAHAN:


  • 5 skop aiskrim vanila
  • 1 biji telur
  • 1 cawan conflakes
  • minyak untuk menggoreng
  • sirap coklat secukupnya


      Cara-Cara Menyediakannya:


  • Masukkan 1 skop aiskrim ke dalam pembalut plastik. Bungkus dan bentukkan ia seperti bola. Simpan dalam penyejuk sekurang-kurangnya 2 jam.
  • Campurkan conflakes dan walnut ke dalam mangkuk. Kemudian masukkan ke dalam beg plastik. Ramas-ramaskan conflakes biar hancur.
  •  Keluarkan aiskrim dari peti sejuk  dan buka pembalut plastik. Masukkan aiskrim ke dalam beg plastik tadi. Goncang-goncang biarkan aiskrim bersalut dgn conflakes dan walnut . Keluarkan aiskrim dari beg plastik. Simpan semula ke dalam penyejuk selama 30 minit atau lebih.
  •  Pukul telur dengan pemukul telur. Masukkan aiskrim ke dalam telur. Kemudian masukkan pula ke dalam beg plastik conflakes dan walnut. Goncang dan biarkan keseluruhan aiskrim bersalut. Buat satu persatu sampai habis. Masukkan semula ke dalam penyejuk. Biarkan selama  1 jam atau lebih. Jika mahukan salutan tersebut tebal bolehlah mengulang langkah ini sekali lagi.
  • Panaskan minyak. Goreng aiskrim selama lebih kurang 30 saat. Angkat dan boleh terus dimakan.Letakkan sirap coklat di atasnya.
  • Minyak yang diguna untuk menggoreng biarlah betul-betul panas atau berada pada suhu 200 darjah Celsius.

KEK LAPIS SARAWAK


KEK LAPIS SARAWAK



                         SUMBER: http://www.harian-metro-online.com/tag/kek-lapis-sarawak


       
       BAHAN-BAHAN:
       
      Bahan A (dalam kek):
  • 5 biji kuning telur
  • 3 biji putih telur
  • 150 gram gula kastor
  • 100 gram tepung hong kong
  • 1 sudu makan ovelet

     Bahan B (dalam kek):


  • 200 gram mentega
  • 3 sudu makan susu pekat

     Bahan Untuk Bahagian Luar Kek:


  • 300 gram putih telur (8 biji putih telur)
  • 190 gram tepung hong kong
  • 150 gram gula kastor
  • 1 sudu makan ovelet
  • 250 gram mentega (cairkan)
  • 50 ml susu cair



     CARA UNTUK MEMBUAT DALAM KEK:


  • Pukul Bahan B hingga sebati.
  • Pukul Bahan A hingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam Bahan B. Gaul sebati.
  • Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Bahagian pertama masukkan pewarna hijau, bahagian ke-2 masukkan pewarna merah & bahagian ke-3 masukkan pewarna kuning.
  • Bakar bahagian pertama dahulu, apabila hampir masak, lapiskan bahagian ke 2 dan seterusnya bahagian ke 3. Buat 3 lapisan.
  • Apabila masak, sejukkan dahulu. Apabila sudah betul-betul sejuk potonglah kek tersebut berbentuk memanjang.
  • Kemudian potong segitia kecil-kecil atau segiempat sama.

     CARA UNTUK MEMBUAT LAPISAN LUAR KEK


  • Pukul putih telur hingga kembang.
  • Kemudian pukul semua bahan kecuali mentega cair.
  • Akhir sekali barulah masukkan mentega cair. 
  • Gaul rata dan sebati.
  • Bakar lapisan pertama.
  • Apabila hampir masak susunkan kek yang telah dipotong tadi di atasnya.
  • Masukkan adunan di atasnya sehingga menutupi semua kek yang telah dipotong.
  • Bakar lagi.
  • Bila hampir masak susun lagi kek yang telah dipotong tadi. Buatlah begitu sehingga semua adunan habis.

LAKSA SARAWAK

              

  SUMBER : http://hanspunyablog.blogspot.com/2010/12/mari-memasak-laksa-sarawak-bersama-chef.html         

        BAHAN-BAHAN:


         
       BAHAN A:
  • Perencah laksa Sarawak
  • 1 bungkus bee hoon (direbus)
  • 3 sudu serbuk kari ayam/daging
  • 10 biji limau kasturi (dibelah dua)
  • 1 bungkus 'fish cake' (dihiris nipis)
  • Air
  • Minyak masak
  • Garam dan ajinomoto secukup rasa

        BAHAN B:
  • 5 keping tauhu (digoreng dan dihiris nipis/dadu)
  • 1 mangkuk besar taugeh (ditanak)
  • 3 telur ayam (dipukul, goreng, dan hiris nipis)
  • Bawang goreng
  • Ayam (ambil isi, rebus, dan hiris nipis)

        BAHAN C (Sambal): 
  • 10 tangkai cili merah (dikisar)
  • 3 biji bawang merah (dikisar)
  • Seulas bawang putih (dikisar)
  • Segenggam udang kering (dikisar)


         Cara-Cara Menyediakannya:

  • 1. Panaskan minyak, tumiskan perencah laksa Sarawak hingga naik bau.
  • 2. Tambahkan air (untuk kuah) dan gaul hingga sebati.
  • 3. Masukkan serbuk kari. Jika mahu kuah lebih pedas, masukkan lebih banyak serbuh kari.
  • 4. Masukkan 'fish cake' yang telah dihiris nipis.
  • 5. Tambahkan bahan perasa.
  • 6. Ambil semangkuk bihun (untuk seorang) dan tuangkan kuah ke dalam mangkuk tersebut.
  • 7. Ambil sedikit BAHAN B dan taburkan ke atas bihun.
  • 8. Perahkan limau kasturi.
  • 9. Jika suka makan pedas, ambil sedikit BAHAN C dan gaulkan bersama bihun tersebut.

       Cadangan Hidangan:
  • Selain menggunakan isi ayam yang telah dihiris nipis, and juga boleh menggoreng ketulan ayam sebelum menumis perencah laksa Sarawak dan masakkan sekali di dalam kuah laksa.

    PUDING BUAH-BUAHAN

                 SUMBER : http://whyla.multiply.com/journal/item/225?&item_id=225&view:replies=reverse
                                           
                                             


          BAHAN-BAHAN (Kuah):
    •  1 tin susu cair
    • 1 tin besar koktail buah-buahan
    • 1/2 cawan air
    • 4 sudu gula
    • 1 sudu teh esen vanila
    • 1 sudu teh tepung kastard larutkan dalam air




           Cara-Cara Menyediakannya:
    •  Campurkan semua bahan yang diperlukan untuk membuat kuah dan masak di atas api perlahan.Tujuan masak di atas api hanyalah untuk menghancurkan gula.
    • Jika rasa gula sudah hancur bolehlah menutup api tersebut.
    • Kemudian, masukkan ia ke dalam peti sejuk.




           BAHAN-BAHAN (Kastard):
    • 1 cawan tepung kastard.
    • 5 cawan air.
    • 1 sudu gula.


              Cara-Cara Menyediakannya:

    • Campurkan semua bahan untuk membuat kastard dan masak diatas api sehingga menjadi pekat dan likat (warnanya akan bertukar dari kuning cair ke kuning yg lutsinar).
    •  Setelah masak sudukan ke dalam bekas-bekas kecil seperti bekas lompang,dan sejukkan.
    • Setelah sejuk masukkan dalam adunan pertama.
    • Seterusnya, ia sedia untuk dihidangkan.


    AIR KELAPA BERAISKRIM

       AIR KELAPA BERAISKRIM


                  SUMBER: http://ccarol-life92.blogspot.com/2011/04/malacca-trip-with-craziee-gang.html



         Bahan-Bahan:


    • 1 biji air kelapa muda beserta isinya.
    • 1/2 tin susu sejat.
    • 3-4 skop aiskrim berperisa vanila.
    • 2 sudu besar gula kastor.

          Cara-Cara Menyediakannya:


    •  Kisarkan  air kelapa dan isinya, susu sejat, aiskrim dan gula kastor di dalam alat pengisar.
    • Seterusnya  hidangkannya bersama ais dan aiskrim vanila.